ON9fm

OnLine FM :: [On9FM Radio Streaming - Rentak Muzik, Hiburan Terkini]


SEBAHAGIAN DALIL DAN FAKTA TENTANG PENYELEWENGAN AGAMA KRISTIAN.

Posted: Selasa, 12 Oktober 2010
1. Trinity – FAKTA 1: Ttinity bukan ajaran yang diajar oleh Nabi Isa a.s . Semua nabi nabi mengjar ajaran menyeru manusia menyembah tuhan yang Esa iaitu Allah s.w.a dan tidak menyekutukannya dengan segala sesuatu, Allah tuhan yang tidak beranak atau diperanakan dan tiada sesuatu pun yang menyerupainya di langit atau di bumi. Bahkan injil menyebut berkenaan perjanjian yang plaing utama juga dalam ( Markus 12:28-30, Mat 22:34-40, Lukas 10:25-28)
Markus 12 28 Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan orang Saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus, "Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?"
Markus 12 29 Yesus menjawab, "Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa. CATATAN: LIHATLAH AJARAN NABI ISA a.s YG SEBENAR, ADAKAH TRINITY AJARAN YESUS YANG PALING UTAMA???
Markus 12 30 Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.’ CATATAN: TIADA SATU PATAHPUN PERKATAAN “TRINITY” DALAM AL-KITAB.
Markus 12 31 Perintah yang kedua ialah, ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini." CATATAN: AJARAN TRINITY TIDAK PERNAH DIAJAR OLEH YESUS SEPANJANG HIDUPNYA!!!
Markus 12 32 Guru Taurat itu berkata kepada Yesus, "Tepat sekali, Guru, benar kata-Mu itu, bahwa Dia esa, dan bahwa tidak ada yang lain kecuali Dia. CATATAN: AJARAN TRINITY ADALAH AJARAN BERHALA DARI AJARAN MITRA ROMAN.
Markus 12 33 Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan korban-korban lain." CATATAN: NABI ISA TAK PERNAH MENDAKWA DIA DAN HOLLY SPRIT ADALAH TUHAN.
Markus 12 34 Yesus melihat bahawa guru Taurat itu menjawab dengan bijak. Lalu Yesus berkata kepadanya, "Kamu tidak jauh daripada Pemerintahan Allah." Selepas itu tidak seorang pun berani mengajukan pertanyaan kepada Yesus.

FAKTA 2 : Nabi Isa a.s tidak pernah bersabda ”Akulah Tuhan!!!” atau “ Sembahlah Aku!!!” Bahkan JESUS ADA TUHAN sebagaimana ayat berikut “…To My Father and Your Father and to My God and Your God” (John 20:17) kesimpulanya tak mungkin seorang tuhan mempunyai tuhan yang lain dan ALLAH tuhan Jesus jauh lelih berkuasa darinya “my father is greater than I” ( John 14:28 ).

FAKTA 3 : Tidak ada satu ayat pun di dalam Bible yang menyebut tentang perkataan "Trinity" atau ketuhanan Nabi Isa a.s, satu-satunya ayat trinity yang paling hampir ialah (1 JOHN 5:7) tetapi kajian oleh sarjana Kristian mendapati ayat "…… dan adalah ketiga-tiga itu satu adanya" adalah dipalsukan dalam kurun ke-16 ianya tidak dijumpai dalam mana-mana manuskrip Greek sebelumnya, pertama kali dijumpai dalam "Bible Vulgate" iaitu Bible pertama yang dicetak.

FAKTA 4 : Nabi Isa menyeru kepada Tuhan yang esa Dalilnya seperti berikut – 1)mengikut Musa a.s – Taurat (Matius 5:17-20)-KEDATANGAN YESUS UTK MENYEMPURNAKAN TAURAT **2) Mengajar di Synagogues( John 15:2)– YANG MENYEMBAH ALLAH YG ESA dan di Bait Allah (Lukas 22:53), 3)- Berdoa kpd Allah di taman Getsemeni (Adakah tuhan perlu berdoa kepada tuhan iaitu dirinya sendiri??? Jika yesus adalah tuhan!!!!!), 4)- Sebagai Nabi ( John:4:31)(John 7:40 )( Lukas 4:43) (John15:21) (John 11:41-45 – bersyukur Lazarus Dihidupkan, Mukjizat menghidupkan LAZARUS DISEBUT OLEH JESUS"…… TANDA BELIAU DIUTUS ALLAH" – IAITU SEORANG NABI YANG DIUTUS BUKANNYA SEORANG TUHAN ATAU SEKUTU KEPADA TUHAN)

FAKTA 5 : HAKIKAT SEJARAH MEMMBUKTIKAN DAN MENCATATKAN "TRINITY" ADALAH AJARAN YANG TIMBUL PADA KURUN KE 4 LIHAT Encyclopædia Britannica, Inc ATAU BUKU SEJARAH YANG LAIN. INI JELAS MENUNJUKKAN AJARAN NABI ISA YANG SEBENAR IALAH MENYEMBAH TUHAN YANG SATU!!!!! BERPULUH GENERASI AWAL KRISTIAN HIDUP DAN MATI TANPA MENGENTAHUI ATAU MENDENGAR APA ITU "TRINITY"!!!!!!! SOO SIAPAKAH YANG BENAR GOLONGAN AWAL KRISTIAN ATAU GOLONGAN KEMUDIAN???? SIAPA YANG BERJUMPA DAN MENERIMA AJARAN DARI NABI ISA A.S, GOLONGAN AWAL ATAU KEMUDIAN???? LAMBANG KRISTIAN YANG AWAL IALAH "IKAN" BUKANNYA SALIB. GOLONGAN KRISTIAN YANG AWAL TIDAK PERCAYA YESUS DI SALIB SEBAGAIMANA FAKTA "INJIL BARNABA" DAN “THE APOCALYPSE OF PETER” juga dalam HEBREWS 5:7, tetapi seorang yg menyerupainya disalib!!! HAKIKATNYA : "TRINITY" ADALAH AJARAN BERHALA YANG DIAMBIL DARI AJARAN "PAGAN ROMAN". Salib adalah lambang agama MIRTA, Pernahkah anda melihat salib yg ada bulatan ditengahnya? Tahukah anda apakah ertinya? YA!!! Ianya adalah lambang matahari, spt salib Mitra yg dijumpai di Tuam, Ireland - ada tuhan MITRA disalib padanya dibuat sebelum kelahiran JESUS!!

FAKTA 6 : DOSA WARISAN BUKAN AJARAN NABI ISA a.s. DALILNYA Kanak-kanak menikmati kerajaan Allah (Lukas 18:15-17, Mat 19:13-15, Mar10:13-16), Kanak-kanak adalah suci dari dosa dan mereka adalah golongan yang akan mendapat nikmat/kurniaan Allah.
Luk 18:15 Maka datanglah orang-orang membawa anak-anaknya yang kecil kepada Yesus, supaya Ia menjamah mereka. Melihat itu murid-murid-Nya memarahi orang-orang itu.
Luk 18:16 Tetapi Yesus memanggil mereka dan berkata: "Biarkanlah anak-anak itu datang kepada-Ku, dan jangan kamu menghalangi mereka, sebab orang-orang yang seperti itulah yang menikmati Kerajaan Allah.
Luk 18:17 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa tidak menyambut Kerajaan Allah seperti seorang anak kecil (YG SUCI DARI DOSA), ia tidak akan masuk ke dalamnya."

FAKTA 7 : HARI AHAD atau “SABATH/SABTU”? “HOLLY + DAY” = "HARI KUDUS/SUCI" Adakah nabi Isa a.s. pernah MENGKUDUSKAN hari AHAD? HAKIKATNAY : SUN + DAY = HARI DEWA / TUHAN MATAHARI. Hari Ahad adalah hari kudus golongan penyembah berhala khususnya ajaran MITRA yang menyembah tuhan matahari. Ajaran ini adalah ajaran utama bagi kerajaan Rom pada ketika itu. Oleh itulah apabila kerajaan Rom menerima ajaran Kristian maka banyak ajaran / amalan penyembahan berhala yang dimasukkan ke dalam agama Kristian yang telah diubah yang paling utama ialah, Ajaran Tauhid yang mengesakan Allah kepada Trinity, Mengkudus Hari Ahad, Merayakan Krismas pada 25 Desember, Ester, penggunaan Salib dan sebagainya. Ajaran ini tidak mempunyai kitab yang khusus oleh itu Kitab Suci Kristian diguna pakai dengan penyelewengan yang dilakukan oleh pendita Kristian.

FAKTA 8 : 25 Dis, HARI NATAL ADALAH PERAYAAN GOLONGAN PAGAN. "PADA HARI ITU (25 DIS) ORANG-ORANG KAFIR MERAYAKAN PERAYAAN "SOL INVICTUS" IAITU PERAYAAN MERAYAKAN TUHAN MATAHARI YANG TIDAK DAPAT DIKALAHKAN, PESTA ITU DIRAYAKAN DENGAN HIDUPNYA KEMBALI MATAHARI (SELEPAS MUSIM SEJUK DAN BERLAKUNYA SOLTIS) DAN IANYA MENJADI PESTA YANG SANGAT PENTING KETIKA MAHARAJA AURELIANUS (A.D. 270-275) MEMERINTAH RUM" ADAKAH Nabi Isa a.s merayakan Natal atau suruh pengikutnya merayakannya? Pada zaman yesus hanya golongan kafir menyambut hari ulang tahun kelahiran (Birth Day) lihat (MAT 14:6). Tarikh 25 DIS, matahari menghampiri bumi dan berlakunya Soltis, salji mula cair….. ianya lambang kemenangan tuhan Matahari.
Soalan :Adakah pokok kirsmas tumbuh di Bait-Lahem (tempat lahir Isa a.s) yang beriklim gurun? Adakah Salji turun di sana? Pokok Crismas adalah lambang agama KAFIR sila lihat YERMIA 10:1-6, Apakah kaitan Pokok dan Salji dengan 25 Desember??? “MEREKA (GOLONGAN KRISTIAN) MENDEDAHKAN PERKATAAN GOLONGAN KAFIR SEBELUM MEREKA (MELALUI PERBUATAN MEREKA YANG SESAT ITU….)” Al-Quran
Tanya Paderi Kristian: Adakah Jesus pernah bersabda “akulah tuhan” atau “Sembahlah aku”? Adakah Allah pernah bersabda “akulah tuhan” atau “Sembahlah aku”? Adakah tuhan yang lain disamping Allah? Adakah bagi Allah sekutu di langit dan di bumi? Adakah manusia itu tuhan? dan tuhan itu manusia? Adakah tuhan lapar dan dahaga? Adakah tuhan luka dan sakit? Adakah tuhan mati? Bolehkah tuhan dilihat? Bolehkah tuhan dikalahkan?

FAKTA 9 : NABI ISA A.S DAN ST. PAUL OF TAURUS… *** ST. PAUL BERASAL DARI TAURUS SEKARANG TERLETAK DI TURKI. NABI ISA A.S DARI PALESTIN (ISRAIL SEKARANG ) JARAK ANTARA DUA TEMPAT INI ADALAH AMAT JAUH, PAUL TIDAK MENGENALI NABI ISA A.S SEBAGAIMANA PENGIKUT SETIA NABI ISA A.S (HAWARIYYUN) DAN TIDAK MENGIKUT NABI ISA A.S SEPANJANG HIDUP NABI ISA A.S DI BUMI BERSAMA PENGIKUTNYA DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAHNYA SEBAB ITULAH AJARAN KRISTIAN HARI INI ADALAH AJARAN "PAULIAN" YANG BERCAMPUR DENGAN AJARAN PENYEMBAH BERHALA DAN BUKANNYA AJARAN YANG BERASAL DAR NABI ISA A.S YANG SEBENARNYA.
SIAPAKAH MENYESATKAN ORANG-ORANG KRISTIAN ???
Siapakah yang bertanggungjawab menyesatkan orang-orang Kristian ??
Jawapannya ialah Paulus. Ajaran Kristian (pada hari ini) bukannya ajaran Nabi Isa a.s. tetapi ianya adalah penyelewengan oleh Paulus. Perbezaan antara dua ajaran tersebut adalah seperti berikut :-
Umumnya semua Pendita Kristian di Barat menyatakan bukan semua yg ada dalam agama Kristian adalah dari nabi Isa a.s, bahkan mengakui adanya perbezaan antara ajaran Paulus dengan ajaran Nabi Isa a.s. Hanya golongan beragama selalu berusaha untuk mempertemukan perbezaan itu. Di bawah ini kita kutip saja keterangan dari ENSIE jilid I, muka 326 mengenai perbezaan-perbezaan ini:
1. 1. Nabi Isa selalu mementingkan dalam khutbah-khutbahnya akan kedatangannya kerajaan Allah yang akan datang. Sedangkan Paulus menititikberatkan pada kedatangan kembali diri Nabi Isa itu sendiri.
2. 2. Nabi Isa selalu mementingkan dalam khutbah-khutbahnya akan Keesaan Allah s.w.a dan menyembahnya dengan setulus hati serta tidak sekali-kali menyekutukannya dengan segala sesuatu Sedangkan Paulus menititikberatkan tentang Nabi Isa itu sebagai “Anak Tuhan”.
3. 3. Nabi Isa tidak pernah membicarakan tentang dosa warisan. Sedangkan Paulus ada mengajarkan hal dosa warisan ini (Rum 5 : 12).
4. 4. Nabi Isa mengajarkan tentang pengampunan dari Tuhan atas dasar penyesalan dan taubat sungguh-sungguh pada perkataan dan perbuatan dari manusia serta dasar adanya kemahapengampunan daripada Tuhan sendiri. Sedangkan Paulus menyandarkan pengampunan Tuhan pada penyaliban diri Nabi Isa.
5. 5. Nabi Isa tetap mengakui hukum Taurat, dan perlu diamalkan oleh pengikut-pengikutnya lihat (Matius 5 : 17,18) Kedatangan Yesus adalah UTK MENYEMPURNAKAN TAURAT dan tiada satu titik pun dalam taurat akan diubah/dibatalkan sehingga Kiamat. Sedangkan Paulus membatalkan hukum Taurat dan menyatakan ianya telah digantikan dengan iman pada penyaliban Jesus untuk menebus dosa manusia (Rum 3 : 21 - 28). Syariat Taurat tidak berlaku lagi dengan penebusan Isa (Rum 7 : 4 - 6)
6. 6. Nabi Isa hanya mengajarkan Injil dalam lingkungan Yahudi (Matius 10 : 5,6 dan Matius 15 : 24 - 26). Sedangkan pada Paulus Injil diajarkan pula pada orang-orang kafir luar Yahudi (Kisah 13 : 46 dan Kisah 14 : 27)
7. 7. Nabi Isa mewajibkan kepada pengikutnya meneruskan hukum Ibrahim tentang bersunat / berkhatan, sedangkan Paulus tidak mewajibkan lagi bersunat / berkhatan. (Rum 3 : 30 dan lain-lain).
8. 8. Nabi Isa menyangkal dan menolak dirinya dipertuhankan oleh kerana itu kita tidak dapati satu ayat pun daripada kata-kata Nabi Isa a.s. sendiri di dalam Injil bahawa "Akulah Tuhan", "Sembahlah Aku" bahkan ayat Trinity di dalam bible adalah tambahan kerana ianya tidak dijumpai/didapati di dalam menuskrip yang lebih tua (tertua) tetapi ianya dapati di dalam menuskrip yang terkemudian, ini jelas ianya adalah tambahan dan perubahan yang dilakukan oleh pendita-pendita Kristian untuk menyokong akidah Trinity mereka, Isa a.s bukanya tuhan di samping Tuhan yang Maha Esa (Matius 7 : 21 - 22). Sedangkan Paulus mengangkat Nabi Isa sebagai Tuhan (I Korintus 1 : 1 - 9 12 : 3 dan lain-lain), dan menganggap dirinya sendiri sebagai jelmaan Kristus (Galada 2 : 19,20). Oleh kerana itulah kita dapati golongan Kristian yang menolak ketuhan Nabi Isa a.s. (Trinity - tiga dalam satu), seperti golongan Jehuwa dan Unitary Faith yang menyatakan Allah adalah satu dan Isa a.s. seorang Nabi.
9. 9. Paulus menghalalkan daging yang najis (Rum 14:4 & 20), (Titus 1:5), (1 Korintus 6:12). Dalam kitab (Imanat pasal 11) dan (Yehezkiel 4:14) menerangkan perkara- perkara yang dilarang seperti babi, bangkai dan lainnya.
Cara penyelewengan yang dilakukan Paulus ialah dengan mengaku dirinya seorang nabi supaya mudah melakukan penyelewengan kepada agama Kristian yang asal. Kisah Paulus menjadi nabi bertentangan antara satu dengan lain, bahawa pengakuan Paulus menjadi rasul Nabi Isa itu adalah buat-buatannya (pembohongannya) sendiri saja, kita simpulkan dari kenyataan-kenyataan di bawah ini :-
Berita-berita tentang Paulus dapat wahyu dari Nabi Isa a.s. di jalan ke Damsyik seperti yang diterakan dalam Kisah Rasul-rasul itu sendiri adalah berselisihan isi beritanya satu sama lain. Dalam Kisah 9 : 7 dikatakan : "Maka orang yang berjalan bersama-sama dengan dia itu pun berdiri tercengang, mendengar suara itu, tetapi tiada nampak barang seorang pun".
Tetapi dalam Kisah 22 : 9 soal itu juga dikatakan Paulus : "Sungguhpun segala orang yang bersama-sama dengan aku itu nampak cahaya itu, tetapi tiada mendengar suara Dia, yang berkata kepadaku itu".
Dalam Kisah 9 : 4 dan Kisah 22 : 7 dikatakan Paulus rebah sendiri waktu lihat cahaya itu matanya lalu buta dan disuruh oleh suara Isa itu pergi ke Damsyik untuk menerima tugas melalui mulut seorang Nasrani di sana (Ananias). Tetapi dalam Kisah 26 : 14 dikatakan bahawa yang rebah itu ialah semua mereka (jadi Paulus serta kawan-kawannya juga), dan Kisah 26 : 14 ini juga dikatakan bahawa dia melihat Isa (jadi beliau tidak buta) dan menerima tugas kerasulan itu di tempat itu juga bukan di Damsyik melalui Anasias.
Dalam ilmu Saikologi dinyatakan kalau seseorang menceritakan sesuatu peristiwa beberapa kali dan ianya tidak pernah sama maka itu bererti bahawa peristiwa itu bohong/palsu atau jiwa orang itu tidak normal (gila).

FAKTA 10 : PERUBAHAN DALAM AGAMA KRISTIAN TELAH MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA ASAS YANG AMAT PENTING IAITU AL-KITAB ITU SENDIRI, SEHINGGA SETIAP MAZHAB MEMPUNYAI KITAB YANG BERBEZA DAN TIDAK DAPAT DIYAKINI KEBENARANYA??? YANG MANA SATUKAH SENARAI KITAB YANG BENAR??? **Which Bible? Bible yang mana satu? [ Chatolic Bible 73 buku, Protestant 66 buku, books of Mormon ( Bible Mormon ) 15 buku khas (66+15= 81 buku Mormon kesemuanya)] Adakah setiap salinan Bible adalah sama??? #*Firman tuhan tak boleh ditambah/ kurang sesuka hati (wahyu 22:18-19) Bible mana yang betul? Catatan : Apabila orang kristian berkata “kita perlu percaya bible” atau menyebut sesuatu tentang “Bible” kita perlu bertanya kembali “Bible yang mana satu?” Khatolik?, Protestant?, atau Mormon? Kenapa orang kristian tak percaya kepada kesemua kitab-kitab tersebut??? Macam mana pula kitab yang disebut dalam Al-kitab tetapi tak wujud kini??? lihat ** Lost books? (Numbers 21:14)(Joshua 10:13)(1 Kings 11:41)(1 Chronicles 29:29) (Yahya 2:17). Bagaimana pula dengan “Bacaan Rahsia”????
WAHYU 22:18 Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar perkataan-perkataan nubuat dari kitab ini: "Jika seorang menambahkan sesuatu kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan menambahkan kepadanya malapetaka-malapetaka / laknat-laknat yang tertulis di dalam kitab ini.
WAHYU 22:19 Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini."

CATATAN :- JIKA MENAMBAH ATAU MENGURANG SESUATU DARI KITAB SUCI WALAUPUN SATU AYAT DIANGGAP SEBAGAI SATU LAKNAT, APATAH LAGI GOLONGAN PROTESTANT YANG MENGURANGI DAN MEMBUANG SEJUMLAH ALKITAB MANAKALA GOLONGAN KHATOLIK TELAH MENAMBAH SEJUMLAH AL-KITAB!!! ADAPUN GOLONGAN MORMON MEREKA MEMPUNYAI JUMLAH AL-KITAB YANG JAUH BERBEZA DARI PROTESTANT DAN KHATOLIK!!!!! SUDAH PASTI KESEMUANYA AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH BERDASARKAN KETERANGAN AL-KITAB!!!!!

FAKTA 11: Siapakah yang akan masuk syurga? Syurga milik siapa? Milik Jesus atau Allah? Adakah orang percaya Jesus Tuhan akan masuk syurga? Sila lihat Matthew 7:21 “…Hanya yang taat perintah Bapa masuk Syurga”, Apakah perintah Bapa? Sila lihat (Ulangan 5:1-21) dan (Keluaran 20:8) - Ten Commandments, Inilah juga ajaran Jesus yang paling utama Markus 12:28-34. PERCAYA TRINITI “CONFIRM” TAK MASUK SYURGA!!

FAKTA 12: Trinity bukan ajaran Nabi Isa a.s. beliau tidak pernah mengajar supaya menyembah “Holly Spirit: “Roh Kudus” sebagai tuhan atau mengajak manusia supaya mempertuhankannya.. Begitu juga sejarah membuktikan tiada dikalangan 12 orang pengikut setia baginda (Hawariyywun/ Utusan Nabi Isa – org Kristian menyebutnya sebagai Rasul) ibunya dan seluruh masyrakat ketika itu menyembah “Roh Kudus” sebagai satu komponen /bahagian dari tiga Oknum ketuhanan ( Trinity ) atau sebagai tuhan yang disembah yang disifatkan sebagai “co-equal” “co-enternal”. Jika satu tuhan lebih lemah dari yang lain maka ia tak layak menjadi tuhan, Tuhan amat berkuasa dan tiada sesuatu boleh mengatasi kuasanya. Ayat “My Father is Greather than me” menunjukkan dengan jelas Yesus Bukan Tuhan. Jesus juga tak tahu bila kiamat berlaku.

FAKTA 13: Matthew 21:46 “ …….sebab mereka menganggap Jesus sebagai Nabi” Ayat di atas dengan terang/jelas memberitahu pandangan orang ramai terhadap Jesus pada ketika itu ialah “SEORANG NABI” bukan “SEORANG TUHAN”!!! dan inilah yang diakui oleh Nabi Isa a.s sepanjang hayatnya. Sebagaimana juga orang ramai menganggap John Pembabtis ( Nabi Yahya a.s. ) sebagai seorang nabi ( Matt 21:26) Dalam kitab Yahya 5:30 - "Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendak-Ku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang aku dengar (wahyu yg diperintahkan oleh Allah.) Oleh itu keputusan-Ku adil, kerana Aku tidak mengikut kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku” Ayat ini jelas bahawa Jesus menerima wahyu dari Allah dan menjatuhkan hukuman berdasarkan wahyu Allah.

FAKTA 14: Bersama Nabi Isa a.s. terdapat dua orang Nabi yang lain iaitu Nabi Zakaria dan Nabi Yahya…..kedua-duanya tidak pernah menyembah Jesus a.s.!!!! dan meletakkan Jesus sebagai tuhan!!! atau satu dari 3 tuhan ( Trinity )!!! sebagaimana keduanya tak pernah menyembah “Rohul Kudus” dan mempertuhankannya begitu juga Mariam, ibu Nabi Isa tidak pernah mempertuhankan anaknya atau menyembah Roh Kudus sebagai tuhan.

FAKTA 15: Oleh kerana “Trinity” bukan ajaran nabi Isa yang sebenarnya, melainkan ianya adalah tafsiran pihak gereja semata-mata maka kita dapati perselisihan pendapat yang berbeza dan ….. tafsiran yang pelbagai berkaitannya, kerana perkataan “Trinity” sendiri tiada dalam Al-Kitab ….. Ini jelas melalui tulisan pendita-pendita awal kristian. Perbalahan/tafsiran mereka tentang “trinity”. Sehingga kini setiap Gereja mempunyai pandangan mereka sendiri seperti Roman Khatolik (Trinity dan menerima Co-Equal, Co-Internal & Co-Substance), Protestant (Trinity dan menolak Co-Equal, Co-Internal & Co-Substance), Mormon, Pentecostal Church (Percaya Yesus ialah Allah & Allah ialah Yesus dan menolak ketuhanan Holly Spirit), Unitarian, Jehovah’s Witnesses (Percaya kepada Allah yg esa dan Menolak Trinity kerana Trinity berasal dari ajaran penyembah berhala)

FAKTA 16: Ketika Yahudi bertanya Nabi Yahya tentang 3 orang nabi (Yahya 1:19-27). (1) Elia (2) Juru Selamat atau (3) Nabi itu. Jelas menunjukkan Mesiah/Juru Selamat itu atau Jesus tidak dianggap sebagai tuhan atau sebahagian dari ketuhanan melainkan tak lebih hanyalah sebagai salah seorang lagi nabi yang dijanjikan, bahkan Nabi Yahya a.s. yang menjawab soalan itupun tidak menganggap Jesus sebagai tuhan!! Atau sebahagian dari ketuhanan. Apatah lagi yang bertanya itu adalah seorang yahudi yang jelas menyembah Allah tuhan yang esa sebagaimana dlm 10 Commandment.

FAKTA 17: Kenapa nabi-nabi yang lain beribu-beribu tahun sebelum Isa a.s. tak tahu tentang “Trinity” jika ianya adalah “centralFaith” utama yang teramat penting dan dasar kepaecayaan yang sebenar bagi tuhan????? Adakah tuhan telah berubah dari Esa kepada Trinity??? Atau Tuhan telah mengubah ajaran nya daripada tuhan yang Esa kepada Trinity yang menyamai ajaran penyembah berhala??? Atau berlaku penyelewengan???
 
FAKTA 18: Apa perasaan kita jika sekiranya sesaorang telah menyelamatkan nyawa kita dari mati lemas? Adakah kita akan memarahinya dan memukulnya?? SOO…. Hero sebenar Kristian “Triniti” bukannya “Yesus” tetapi “Judas Iskariot” “Without help of Judas Christian will not exsist!!!!”

FAKTA 19: Hakikat sejarah membuktikan golongan Paderi Kristian yang awal selepas Yesus Diangkat ke langit dan selepas Pentecostal, masih beribadat di rumah ibadat orang-orang Yahudi dan melakukan amalan yang sama dengan mereka, Semuanya masih menyembah tuhan yang Esa lihat Kisah Para Rasul – ACT – Fasal 2:46-47. SOO ini jelas menunjukkan tuhan itu Esa. Berpuluh Generasi awal Kristian tidak mengentahui dan mendengar tentang “Trinity”, Paulus sendiri pun tidak mengentahui tentang “Trinity”. Apa yang di ajar oleh Paulus sebenarnya adalah ajaran “Anak Tuhan” iaitu menyamakan nabi Isa a.s dengan tuhan!!! Tetapi menolak ketuhanan “Holly Sprit”.

SOALAN 1: Apakah yang disembah oleh mariam sebelum Isa a.s lahir? Apakah yang disembah Mariam apabila Isa a.s lahir? Sembah Bayinya? Apakah yang disembah mariam apabila Isa a.s. diangkat kelangit? ***Adakah satu ayat, Mariam mengajak manusia sembah Isa a.s.?, atau Mariam mempertuhankan Isa a.s.? Mariam & Nabi Isa a.a ikut ajaran siapa? Lihat ( Matius 5:17-20)-UTK MENYEMPURNAKAN TAURAT.

SOALAN 2: Di zaman nabi Isa a.s terdapat tiga orang nabi yang diutus Allah Hampir serentak iaitu Nabi Zakaria, anaknya Nabi Yahya (John The Baptis) dan Nabi Isa ALAIHIMUSSALAM SOO Apakah yang disembah oleh mereka??? Adakah Zakaria, anaknya Nabi Yahya (John The Baptis) menyambah Nabi Isa a.s??? atau Nabi Isa a.s menyuruh mereka berdua menyembahnya sebagai tuhan??? Nabi Yahya pernah ditanya tentang 3 orang nabi yang dinantikan oleh orang yahudi??? Adakah Yahya a.s menyatakan bahawa salah seorang darinya itu adalah tuhan(Yesus)??? Dan menyatakan misi Yesus untuk disalib bagi menebus dosa semua manusia???
Catatan: Orang yahudi amat membenci nabi-nabi pada ketika itu Nabi Zakaria a.s mati dengan digergaji dan dibelah dua manakala anaknya Nabi Yahya a.s (John The Baptis) telah dibunuh dengan dipenggal kepalanya, adapun Nabi Isa a.s mereka juga cuba untuk membunuhnya melalui perancangan jahat bersama dengan Judas Iskariot tetapi Allah telah menyelamatkan nabi Isa a.s dan memperkenankan doa nabi Isa a.s kerana kesolehannya (Ibrani 5:7) dan pengkhianat itulah sendiri yang akhirnya diserupakan dengan nabi Isa a.s dan beliaulah yang menerima malu seterusnya disalib dan digantung.. Lihat Injil Barnaba dan Injil Peter (THE APOCALYPSE OF PETER). Mati tergantung di LAKNAT

SOALAN 3: Menurut kepercayaan Kristian Nabi Isa a.s akan mewarisi takhta nabi Daud a.s (Lukas 1: 30-33). Hujah ini adalah tidak benar kerana :-
Pertama: Nabi Isa a.s keturunan Yoyakhim sebagaimana kitab 1 Tawarikh dan Matius 1 : 1-16, Yoyakhim membakar kitab nabi Barukh beliau dan keturunannya dilaknat oleh Allah lihat Yermia 36 : 29-31 dan tak layak masuk sidang tuhan.
Kedua : Bahkan Nabi Daud a.s sendiri pun tak layak menduduki takhta tersebut kerana menurut Al-kitab Anak haram 10 keturunan tak boleh masuk Sidang Umat Tuhan (Ulangan 23:2), PARIS (PERES) moyang Daud a.s anak zina (Kejadian 38:23-29) SOO Daud anak yg ke-10!!!

SOALAN 4: Menurut kepercayaan Kristian Nabi Isa a.s akan duduk di sebelah kanan tuhan dan akan mengadili manusia dihari kiamat nanti. Hujah ini adalah tidak benar atas alasan berikut :-
Pertama: Nabi Isa a.s keturunan Yoyakhim sebagaimana kitab 1 Tawarikh dan Matius 1 : 1-16, Yoyakhim membakar kitab nabi Barukh beliau dan keturunannya dilaknat oleh Allah lihat Yermia 36 : 29-31 dan tak layak masuk sidang tuhan.
Kedua : Jika Yesus duduk sebelah kanan tuhan ertinya beliau bukan tuhan??? Jika yesus dalam tuhan dan tuhan dalam Yesus maka tiada lagi duduk di kanan atau di kiri!!!!! Sebab beliau adalah tuhan!!! Dan dimana pula tuhan oknum ketiga iaitu “Rohul Kudus” duduk???? Depan atau belakang??? Tepi atau tengah!!!!
Ketiga : Kepercayaan ini sebanarnya adalah amat merbahaya kepada dunia Kristian itu sendiri!!!! Ini beerti tuhan telah mati dan akan terus berada di dalam kuburnya sehingga dibangkitkan nanti!!!! Bukankah tuhan “Trinity” tidak terpisah?? SOO… Siapakah yag menjadi tuhan sekarang????

SOALAN 5: Allah telah mengutus beribu-ribu orang nabi dan beribu-ribu helaian Al-kitab sebelum Yesus…. Tapi kenapa tiada satu nabi pun yang mengajar bahawa Yesus itu adalah Tuhan? Begitu Juga tiada satu ayat pun yang menyatakan dengan jelas tanpa sebarang keraguan bahawa Yesus adalah Tuhan, Holly Spirit / Ruhul Kudus juga adalah tuhan??? Nabi Musa menyebut tentang “kedatangan seorang nabi sepertinya” bukan nya kedatangan tuhan yang telah menberikannya Kitab Taurat dalam bentuk seorang manusia namanya Yesus????? Bahkan Yesus sendiripun tak pernah menyatakan akulah tuhan!!!! Atau Sembahlah Aku!!!! Atau akulah sebahagian Oknum ketuhanan!!!!! Tetapi beliau menyatakan sembahlah Allah yang Esa dan tiada sekutu baginya.

SOALAN 6: Adakah Yesus sendiri pernah menyatakan bahawa Holly Spirit adalah tuhan atau sebahagian dari Oknum ketuhanan yang wajib disembah???
Catatan : Tahukah kamu bilakah Holly Spirit diangkat menjadi tuhan???? Yesus diangkat secara rasmi menjadi tuhan pada sidang niecea 325 a.d pada perenggan "the Father and the Son are of the same substance" (homoousios)” pada ketika ini perbincangan hangat ialah “kedudukan Yesus dan Bapa” antara golongan Athanasius yang menyokong “anak Tuhan” dengan makna “Hakikat bukan Kiasan/Kinayah” dan Arius yang menyokong Allah Tuhan yang Esa. Pada ketika ini tidak diragukan oleh kedua-dua belah pihak samaada Athanasius atau Arius bahawa Holly Spirit Bukan Tuhan atau sebahagian dari Oknum ketuhanan ini lebih jelas apabila kita mengkaji tulisan pendita awal kristian yang membicarakan tentang “Kalam/Firman” adakah sewujud dengan bapa atau tidak?? adakah anak sewujud dengan Bapa? Adakah Anak sama taraf dengan Bapa?? Adakah Kejadian Anak sama dengan kejadian Bapa?? Adakah pengentahuan dan kekuasaan anak sama dengan Bapa??? Adakah tuhan dua peribadi atau satu? Adakah Peribadi Jesus (anak) sama dengan Allah (bapa)? Adakah tuhan lapar dan dahaga?!!! Gereja berusaha menjelaskan konsep ketuhanan bapa dan anak yang satu, bercerai tetapi tidak berpisah!!! Satu yang gagal dijelaskan oleh pihak gereja sehingga sekarang!!!! Itulah tajuk perbincangan awal pendita Kristian antara dua golongan ini, Hakikat membuktikan bahawa Holly Spirit masih belum diangkat menjadi tuhan atau sebahagian dari Oknum Ketuhanan pada ketika itu!!!. Holly Spirit hanya menjadi tuhan melalui “Athanasian Creed” (sekitar Kurun ke 5) pada ayat “But the Godhead of the Father, of the Son, and of the Holy Spirit is all one, the glory equal, the majesty coeternal”. Persoalan “Anak Allah” telah lama bangkit semenjak dari zaman Nabi Isa a.s, Peselisihan antara Barnaba dan Paulus antaranya berkenaan tajuk ini disamping Paulus menghalalkan daging najis (Babi), menghapuslkan khatan, DLL lihat awal dan akhir injil Barnabas berkenaan kes ini. Tetapi Paulus tak sembah “HOLLY SPRIT”!!!!
FAKTA ADALAH SATU HAKIKAT YANG PASTI YANG TIDAK DAPAT DIDUSTAKAN OLEH SESIAPAPUN TENTANG KEBENARANNYA DAN KEPASTIANNYA OLEH ITU FAKTA DIATAS JELAS MENUNJUKKAN PENYELEWENGAN AGAMA KRISTIAN YANG TELAH BERLAKU.

2 ulasan:

  1. TumingHazraf 13 Oktober 2010 pada 9:04 PG

    baca dan fahami semuanya....

  2. junied Imantheraphy (IT)-Ranau-TUAN GURU PENGASAS-0168803001 ( TUAN GURU USTAZ MUHAMMAD@UM...K.KINABALU SABAH. 6 Julai 2012 pada 11:33 PG

    Insya Allah...cahaya itu nyata...
    dan kegelapan itu juga nyata...
    kecuali apabila mata hati telah
    tertutup...

Catat Ulasan

Anda Orang Ke ~

website analytics