ON9fm

OnLine FM :: [On9FM Radio Streaming - Rentak Muzik, Hiburan Terkini]


KISAH NABI ISA DALAM AL-QURAN

Posted: Rabu, 13 Oktober 2010
Akhir-akhir ini, nampaknya kita begitu hebat diserang dengan segala bentuk pandangan dan fakta-fakta yang memperkatakan persoalan mengenai Allah dan Nabi Isa a.s.. Mungkin kerana kecetekan kita terhadap Islam itu sendiri telah memerangkap kita dari berani atau tahu menjawab kembali dakwaan-dakwaan firman tuhan mereka yang terkini. Bagi kita, tidak perlu memecah otak untuk menjawab soalan mereka itu, hanya kita serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui untuk menjawab persoalan-persoalan itu melalui finman-firmanNya dari surah-surah dan ayat-ayat berikut:
Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka (sebenarnya) tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya.’



~Surah Al-Imran Ayat 69~
Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya):
‘Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?’. Ia (Isa dalam buaian) menjawab : ‘ Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup’.

~Surah Maryam Ayat 29-31~
Dan kerana kekafiran mereka ( terhadap Isa) dan tuduhan mereka terhadap Maryam dengan kedustaan besar (zina), dan kerana ucapan mereka, sesungguhnya kami telah membunuh Nabi Isa bin Maryam Rasul Allah,padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mareka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa sebenarnya mereka di dalam keraguan , tentang yang dibunuh itu, mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikut prasangka belaka, mereka tidak pula yakin bahawa yang mereka bunuh itu Isa. Tetapi yang sebenarnya Allah telah mengangkat Isa kepadaNya dan Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana, tidak ada seorang pun dari ahli kitab kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya, dan di hari kiamat nanti Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.

~Surah An-Nisaa’ Ayat 156-159~
Wahai Ahli Kitab, Janganlah engkau melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa Putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang tejadi dengan) kalimatnya yang disampaikannya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulnya dan janganlah kamu menyatakan “(tuhan itu) tiga” berhentilah dari ( dari ucapan itu). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah tuhan Yang Maha Esa, Maha suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Cukuplah Allah untuk menjadi pemelihara. Al.Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba Allah, dan tidak ( pula enggan ) malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah). Barang siapa yang enggan dari menyembahNya dan menyombongkan diri, nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua kepadaNya.

~Surah An-Nisaa’ Ayat 171 dan 172~
Katakanlah: “Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail ,Ishak, Yaa’kub dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, Isa dan para nabi dari tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun antara mereka dan hanya kepadaNyalah kami menyerah diri”. Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuklah orang-orang yang rugi.

~Surah Al-Imran Ayat 84 dan 85~
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang telah berkata: “Sesungguhnya Allah itu ialah Al-Masih Putera Maryam”. Katakanlah “Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al-Masih Putera Maryam itu beserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi kesemuanya?” Kepunyaaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendakinya. Dan Allah yang maha kuasa atas segala sesuatu.

~Surah Al-Maidah Ayat 17~
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang telah berkata : “ Sesungguhnya Allah itu ialah Al-Masih putera Maryam”, padahal Al Masih sendiri berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu
6
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang pun penolong .
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan :” Bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga ,” padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir antara mereka akan ditimpa azab yang pedih.
Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kapadaNya ? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Al Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa Rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah
bagaimana mereka bepaling (dari memerhatikan ayat-ayat Kami itu). ~Surah Al-Maidah. Ayat 72-75~
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai putera Maryam,adakah kamu mengatakan kepada manusia : Jadikan aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah ?”. Isa menjawab : “Maha Suci Engkau,tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakan). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa ayng ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib-ghaib”.
Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan) nya iaitu: :”Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu,” dan adalah aku menjadi saksi teradap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. ~Surah Al-Maidah Ayat 116 dan 117~
Orang-orang Yahudi berkata : “ Uzair itu putera Allah” dan orang-orang Nasrani berkata : “Al-Masih itu putera Allah”. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir terdahulu. Dilaknati Allahlah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling? Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada tuhan selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. ~Surah At-Taubah Ayat 30 dan 31~
Sesungguhnya orang-orang kafir yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka jahanam, mereka kekal di dalamnya. Mereka ialah seburuk-buruk makhluk.

~Surah Al-Bayyinah Ayat 6~
Ayat berkenaan dengan kebenaran Islam :
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agamamu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
~Surah Al-Maidah. Ayat 3~
Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikannya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang menaiki ke langit. Begitulah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

~Surah Al-An’am. Ayat 125~
Cubalah anda renungi firman Allah dalam SURAH AL-IKHLAS ; Katakanlah : “Dialah Allah Yang Maha Esa”. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dan tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”. Percaya kepada Al-Quran adalah syarat keimanan Islam yang keempat. Al-Quran tidak pernah berubah walau sehurufpun. Malangnya kitab mereka terlalu kerap berubah! Siapa yang mengubah dan menciptanya? Tuhan ataupun manusia?
7

KETERANGAN TAJUK KISAH NABI ISA DALAM AL QURAN
Rujuk pada ayat yang bergaris : “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia telah memberikan aku kitab (Injil) dan Dia telah menjadikan aku seorang nabi”. Inilah kata-kata Isa apabila ibunya Maryam dituduh oleh orang ramai melakukan zina. Maryam tidak menjawab tuduhan itu sebaliknya dia hanya menunjuk ke arah Isa a.s di dalam buaian. Daripada kata-kata Isa a.s ini, jelaslah bahawa dia hanyalah hamba Allah dan bukannya tuhan. ‘Diberikan kitab injil dan dijadikan seorang nabi’ adalah perkara yang sebenarnya dan itu secara langsung menolak dakwaan orang Kristian yang mendakwa bahawa Isa adalah tuhan.
“Mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibkannya”. Yang dibunuh sebenarnya adalah orang lain dan bukannya Nabi Isa a.s. “Allah telah mengangkat Isa kepadaNya”. Allah mengangkat Nabi Isa ke langit kedua dan dia masih hidup sehingga sekarang. “Tidak ada seorang pun dari ahli kitab kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya”. Maksudnya, tanda hari hampir kiamat ialah Allah akan turunkan Isa dari langit kedua ke bumi ini, dan Isa memerintahkan agar semua salib di seluruh dunia dipecahkan dan dihancurkan. Perintah itu diikuti oleh semua orang kerana Isa tidak mahu dikaitkan dengan Kristian. Selepas itu, semua orang kristian di dunia ini memeluk agama Islam dan tidak ada yang terkecuali. Jika anda berada pada masa itu pun anda akan turut memeluk Islam tanpa persoalan lagi. Namun pada ketika itu saya dan anda telah pun meninggal dunia dan berada di dalam tanah. Walaupun kita berada di dalam tanah, tetapi kita tahu bahawa semua orang yang masih hidup di dunia pada ketika itu memeluk agama Islam. Andainya anda mahu keluar dari tanah pada waktu itu untuk memeluk Islam bersama mereka, itu tidak mungkin berlaku dan anda akan menyesal dengan rasa kekesalan yang teramat sangat. Oleh itu, anda masih punyai peluang sekarang ini untuk memeluk Islam, masuklah agama yang benar iaitu agama Islam sekarang ini. Jika kamu tidak mahu terpulanglah, tetapi jangan menyesal ketika sampai masanya nanti. Penyesalan pada masa itu langsung tidak berguna.
“Sesungguhnya Al-Masih Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah”. Jelaslah Isa adalah utusan Allah iaitu Rasul yang diutuskan untuk memberi petunjuk kepada manusia seperti rasul-rasul yang lain; Musa, Sulaiman,Daud, Ibrahim, dan Muhammad. Kesemua rasul-rasul ini menyeru manusia untuk mempertuhankan Allah yang Maha Agung.
“Allah tuhan yang maha esa”. Ayat ini adalah sama seperti yang terkandung dalam kitab Injil dan Taurat.
“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima”. Ini adalah bukti untuk saya mengajak anda memeluk Islam. Kerana Allah tidak pernah menerima Kristian sebagai agama yang benar. “Hanya Islam agama yang diredhai disisi Allah”. Jika anda mendakwa kristian adalah agama yang benar, saya minta anda tunjukkan buktinya; tunjukkan ayat yang ada menyebut tentang kebenaran Kristian di dalam Al-Kitab.
“Sesungguhnya telah kufurlah orang-orang yang telah berkata ‘Sesungguhnya Allah itu ialah Al-Masih putera Maryam’ ”. Inilah akidah Kristian yang jelas telah kafir.
“Sesungguhnya orang yang menyekutukan (dengan sesuatu) Allah, maka pasti Allah mengharamkannya syurga dan tempatnya adalah neraka”. Jelas satu lagi bukti menunjukkan akidah Kristian adalah syirik, dan perlu diingat orang yang syirik diharamkan baginya syurga.
“Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam”. Demikian Allah mendedahkan sifat orang-orang Kristian di dalam Al-Quran. Agak pelik, orang Kristian tidak mengikut apa yang terkandung di dalam Al-Kitab, sebaliknya mereka mengikut apa yang dikatakan oleh rahib-rahib mereka. Ada ayat dalam Al-kitab yang berbunyi: “Tuhanlah Allah, tidak ada yang lain kecuali Dia”. Tetapi, rahib-rahib mereka kata tuhan adalah Jesus, Bapa dan Rohulkudus ; tiga dalam satu – sesuatu yang tidak pernah diajar oleh mana-mana rasul.
“Ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke dalam neraka, dan mereka kekal di dalamnya”. Inilah balasan yang akan diterima oleh orang-orang Kristian kerana mereka jelas telah syirik. Ingatlah orang-orang musyrik akan kekal selama-lamanya di dalam neraka. Justeru, fikirlah semasak-masaknya atau anda akan menyesal dengan penyesalan yang tidak berguna di kemudian hari. Yang mana pilihan anda : SYURGA atau NERAKA? Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan.
8

Fakta Tambahan
1. Ajaran Kristian salah kerana tidak sama dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.
2. Nama Kristian adalah ciptaan Paulus ( Sain Paul ) yang mendakawa ia sebagai Rasul padahal bukan. Sain Paul
adalah seorang ekstremis Yahudi yang memusuhi ajaran Nabi Isa a.s. dan berusaha menghapuskannya. Tetapi
kemudiannya dia mendakwa mendapat wahyu daripada Nabi Isa yang dipercayai oleh pengikut Kristian telah wafat
kerana disalib. Ajaran Paul inilah wujudnya trinity dalam agama Kristian iaitu ajaran bahawa Tuhan itu tiga dalam
satu. Inilah yang diikuti oleh umat Kristian sekarang.
3. Nabi Isa adalah beragama Islam ajarannya menyeru manusia menyembah Allah Yang Esa. Serupa dengan
ajaran dengan Nabi-Nabi terdahulu dan Rasul terakhir Muhammad s.a.w.
4. Akidah Kristian yang berkayakinan Jesus ( Isa ) adalah anak Tuhan dan disamping itu sebagai Tuhan juga
adalah ajaran yang syirik.
5. Keyakinan Kristian tentang dosa warisan adalah salah kerana tidak terdapat ayat yang menyatakannya dalam
Bible ( Al-Kitab ).
6. Ajaran Kristian yang menyatakan Jesus disalib adalah salah, sebenarnya yang disalib ialah Yudas ( Yahuza )
iaitu pengikut Jessus yang khianat yang bersetujuh menunjukkan dimana Jesus berada kerana dia telah menerima
upah 30 wang perak. Semasa tentera Romawi hendak menyalib Yudas yang disangkanya Jesus, mereka
mendapati 30 wang perak ada dalam poketnya, ini meragukan mereka walaubagaimanapun tentera Romawi terus
menyalibnya untuk cepat melaksanakan tugasnya.
Pemerintah Romawi mengarahkan tenteranya membunuh Jesus disebabkan Yessus sudah ramai pengikut dan
ditakuti satu masa nanti bertambah ramai dan dapat menggulingkan pemerintah yang ada. Bukan untuk menebus
dosa warisan, tetapi Paulus mengambil kesempatan menyatakan Jesus mati disalib adalah untuk menebus dosa
manusia.Orang ramai waktu itu mudah percaya sengan dakwaan Paul kerana ajaran agama-agama yang salah
waktu itu seperti Hindu mempertuhankan Brahma, Wisnu dan Syiwa.Wisnu menjadi korban. Agama kuno Mesir
bertuhankan Oziris, Iris dan Horus. Iris menjadi korban.Dalam agama Persia bertuhankan Ormuzd, Ahriwan dan
Mitras.Mitras menjadi korban, semuanya trinitas.Jika dakwaan Kristian begitu, sepatutnya Jesus menyerah diri
untuk disalib dan orang Kristian mengadakan acara yang rasmi dan dibuat secara terhormat sesuai dengan
pengorbanannya, tetapi tidak.Didalam Al kitab Markus pasal 15 ayat 27 “ Bersama dengan Dia ( Jesus ) disalibkan
dua orang penyamun, seorang disebelah kananNya dan seorang di sebelah kiriNya”. Hukuman kesalahan berat
disalib,dua orang penyamun disalib kerana kesalahan menyamun Jesus disalib kerana dikhuatiri menjatuhkan
pemerintah.Bukan untuk menebus dosa.
7. Perkembangan Islam seluruh dunia sekarang ini cukup pesat. Di antara tajuk akhbar Berita Harian tahun
2004.”50.000 Peluk Islam setahun di Britain”. “400 Gereja dijual dijadikan Masjid”. “Vatikan belanja besar sekat
pengaruh Islam”. “ Vatikan hadapi masalah Padrinya diseluruh dunia meliwat kanak-kanak.Fikirkanlah....
8. Melalui internet juga mereka berperanan. Umat Islam perlu sedar mereka telah mencipta 4 surah tambahan bagi
Al-Quran. Satu daripadanya dinamakan surah Al Muslimun.Di antara maskud ayatnya Wahai orang Islam
sesungguhnya kamu didalam sesat yang jauh,sesungguhnya orang-orang yang khufur dengan Allah dan yang
ingkar dengan Nabi Isa mereka ini dihari akhirat esok kena Neraka Jahanam dan kena azab yang pedih.Wajah
wajah mereka yang tidak mahu terima Isa menjadi anak Allah pada hari itu jadi kecil dan hitam legam.Mereka
mengharapkan keampunan Allah, sesungguhnya Allah buat apa yang ia kehendaki.Hari di mana Tuhan Ar-
Rahman berkata kepada hambaNya “ Wahai hamba ku sesungguhnya aku sudah bagi nikmat dalam bentuk
hidayah kepada orang sebelum kamu, hidayah itu adalah didalam Taurat dan Injil. Dan adapun orang yang khufur
dengan benda yang aku turunkan itu maka mereka ini sesat sesesat-sesat jalan”.Maka berkatalah orang Islam ini
“Wahai Tuhan kami sebenarnya kami bukanlah bermaksud untuk menyesatkan diri kami tetapi yang menyesatkan
diri kami ialah satu orang manusia yang mengaku dia Rasul dan ingatlah Allah berfirman kepada Nabi Muhammad
“ Ya Muhammad kamu telah menyesatkan hamba-hambaKu, kamu telah menjadikan hamba-hamba Aku kafir
dengan Aku”. Kata Muhammad “ Wahai Tuhan, yang menyesatkan aku Syaitan.Sesungguhnya manusia dan
Syaitan memanglah musuh yang sentiasa hendak merosakkan manusia. Allah mengampunkan orang-orang yang
bertaubat yang mereka itu disesatkan manusia yang bernama Muhammad dan Allah bangkitkan mereka ini hal
keadaan orang-orang yang tidak mahu bertaubat ini pula menjadi penolong kepada Syaitan, mereka ini kembali
kepada Neraka yang kekal abadi. Maksud Hadis: “ Demi Allah sekiranya seumur hidup seseorang islam dapat
mengislamkan seseorang yang belum Islam, maka ia lebih kaya dan lebih mulia di sisi Allah daripada manusia yang
terkaya di dunia ini.
Amalan bagi mendapat kekuatan untuk berdakwah, baca Surah Al-Ikhlas 300 kali setiap hari.
“ Ramai di kalangan kita tidak mahu berdakwah kepada orang Kristian dengan alasan tidak mahu menyinggung
perasaan orang lain.Alasan ini tidak boleh diterima kerana hukum berdakwah adalah wajib.Yang perlu pengetahuan
bagaimana hendak berdakwah secara bijaksana”.

1 ulasan:

  1. TumingHazraf 13 Oktober 2010 pada 9:53 PG

    baca dengan teliti kisah ini...fahami dan cuba fahami

Catat Ulasan

Anda Orang Ke ~

website analytics