ON9fm

OnLine FM :: [On9FM Radio Streaming - Rentak Muzik, Hiburan Terkini]


HUJAH-HUJAH TRINITI BERDASARKAN AL-KITAB YG BIASA DI GUNAKAN OLEH GOLONGAN KRISTIAN UNTUK MENYOKONG AKIDAH TRINITY.

Posted: Selasa, 12 Oktober 2010
TRINITI IALAH TIGA DALAM SATU IAITU TUHAN BAPA (ALLAH), ANAK (JESUS) DAN ROH KUDUS (JIBRIL), Roman Khatolik percaya Trinity dan menerima Co-Equal, Co-Internal & Co-Substance, Protestant dan Mormon percaya Trinity dan menolak Co-Equal, Co-Internal & Co-Substance, Pentecostal Church Percaya Yesus ialah Allah & Allah ialah Yesus dan menolak ketuhanan Holly Spirit ,manakala Unitarian dan Jehovah’s Witnesses Percaya kepada Allah yg esa dan Menolak Trinity kerana Trinity berasal dari ajaran penyembah berhala DAN tidak ada satu ayatpun menyebut perkataan “Triniti” dlm Al-kitab.
1)- Matius 28:19
“Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutku. Baptiskanlah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Suci.”
Jika (bekas) Presiden Bush mengarahkan Jeneral Norman Schtwartzkopf, “Pergilah kamu dan berbicaralah kepada orang-orang Iraq, dan berikan amaran atas nama Amerika Syarikat, Great Britain dan Soviet Union”, adalah ini bermaksud tiga negara ini adalah satu negara? Mereka mungkin mempunyai tujuan dan matlamat yang sama, tetapi ini tidak bermakna bahawa mereka adalah satu entiti fizikal yang sama.. Sebagaimana juga seorang raja bertitah kepada ketua Panglima “Pergilah kepada mereka semua dan Perangilah mereka dengan nama Raja, Permaisuri, dan Negara.”
2)- I Korintus 12:4-6 (berbagai kurnia)
“Ada berbagai-bagai kurnia daripada Roh Suci, tetapi semuanya diberi oleh Roh yang sama. Begitu juga ada berbagai-bagai cara untuk mengabadikan diri kepada Tuhan, tetapi kita mengabdi kepada Tuhan yang sama. Ada berbagai-bagai cara untuk melakukan kerja bagi Tuhan, tetapi Allah yang sama memberikan kebolehan kepada setiap orang untuk melakukan kerja masing-masing.”
Jika saya mengatakan: “Terdapat berbagai hadiah, tetapi Santa Claus yang sama. Dan terdapat perbezaan dalam pentadbiran, tetapi kerajaan yang sama. Dan terdapat pelbagai operasi, tetapi Tuhan yang sama yang mengakibatkannya”, adalah Tuhan, kerajaan dan Santa Claus membentuk satu lagi “Triniti”?
Ayat di atas tidak menyatakan tiga tuhan itu menjadi satu dengan tanpa sebarang keraguan!!!
3)- II Korintus 13:13
“Tuhan Jesus Kristus memberkati kamu, Allah mengasihi kamu, dan Roh Suci menyertai kamu semua” Jika saya berkata: “Moga-moga kepintaran Einstein, falsafah Descartes, dan kekuatan Schwarzenegger bersama anda semua”, adakah ini memerlukan ketiga-tiga mereka digabungkan dalam satu “Triniti”? Adakah perlu supaya Einstein adalah Descartes (atau sifat lain Descartes)? Adakah perlu supaya Descartes adalah Schwarzenegger (atau sifat lain Schwarzenegger)?
4)- Yudas 1:20-21
“Tetapi kamu saudara-saudaraku, teruslah bina hidup yang berdasarkan kepercayaan kepada Kristus. Iman kamu sangat suci. Berdoalah dengan pimpinan Roh Suci. Hendaklah kamu hidup di bawah naungan kasih Allah sementara menantikan rahmat Tuhan kita Jesus Kristus, yang akan menganugerahi kamu hidup sejati dan kekal”
Sekarang kita sudah mulai mendapat gambarannya. Adakah ayat ini membawa maksud Triniti? Adakah ayat-ayat ini mengatakan “Tuhan, Jesus dan Roh Suci adalah SATU Tuhan”? Jika seorang bapa mengatakan kepada anaknya yang akan pergi ke medan perang, “Anak yang kusayangi, binalah kekuatan dirimu dengan latihan, patuhilah pegawai-pegawai atasanmu, kekalkan rasa cintamu pada negara dan mintalah pertolongan Tuhan agar kau kembali dengan selamat”, bolehkan kita mendakwa bahawa pernyataan ini menunjukkan “penggabungan tiga ke dalam satu”?
5)- 1 Yohanes 5:7 (ketiga-tiganya adalah satu)
Hanya terdapat satu ayat di dalam Bible yang dengan jelas mengikat Tuhan, Jesus dan Roh Suci kepada suatu kewujudan “Triun / Triniti”, iaitu 1 Yohanes 5:7 (Indon), 1 John 5 : 7 (BI), 1 Yahya 5 : 7 (BM)
“Saksi-saksi di syurga ialah Bapa, Firman, dan Roh Suci – ketiga-tiganya merupakan satu ”
Ayat 1 Yohanes 5:7 adalah ayat yang dipalsukan dalam kurun ke-16 ianya tidak dijumpai dalam mana-mana manuskrip Greek sebelumnya, pertama kali dijumpai dalam "Bible Vulgate" iaitu Bible pertama yang dicetak ianya diakui oleh pendita kristian.
6)- Yohanes 1:1 (Firman adalah Tuhan)
Satu lagi ayat yang sering dipetik untuk mempertahankan “Triniti” adalah Yohanes 1:1
“Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada, Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah”
Perkataan “FIRMAN” di dalam ayat di atas sering kali dirujuk kepada “JESUS” dengan mudah kita dapat menyangkal hujah wujud trinity melalui ayat diatas, kita bertanya kepada mereka dimanakah “HOLLY SPRIT / ROH KUDUS” dalam ayat di atas???
7)- Yohanes 10:30 (Aku dan bapaku adalah satu)
Ayat ketiga yang didakwa oleh penganut Kristian sebagai mengesahkan doktrin triniti adalah Yohanes 10:30.“Bapa dan aku satu ” Ayat ini tidak merujuk kepada trinity, dimana Holly Sprit dalam ayat di atas?
8)- Kejadian 1:26 (Kami)
Di dalam Kejadian 1:26, kita dapati:
“Berfirmanlah Allah, “Baiklah Kami menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kami, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi”.”
Dalam ayat ini dan ayat-ayat lain di dalam Bible, Tuhan merujuk kepada dirinya sebagai “Kami”. Adakah penggunaan “Kami” membuktikan bahawa Tuhan bukan satu entiti, tetapi adalah “Triniti”? Perkataan “Kami” dalam bahasa Ibrani dan Arab bermaksud penghormatan sebagaimana ucapan Salam….
9)- Yohanes 14:8-9 (telah melihat bapa)
Bagaimana pula dengan ayat:
“Orang yang sudah melihat aku sudah melihat Bapa” Sesetengah orang berpendapat ayat ini mengesahkan Triniti. Kita bertanya kepada mereka dimana Holly Sprit dalam ayat di atas? Sebenarnya kepercayaan bahawa Yesus adalah 100% manusia dan dalam masa yang sama beliau juga adalah 100% tuhan adalah amat merbahaya kepada dunia Kristian itu sendiri. Apabila 100% Yesus telah mati ini juga beerti 100% tuhan juga telah mati soo tidak ada lagi tuhan pada ketika berlakunya kematian itu.
10)- Yohanes 14:6 (Akulah jalannya)
“Akulah jalan untuk mengenal Allah... Tidak seorang pun yang dapat datang kepada Bapa kecuali melalui aku.”
Sesetengah orang berpendapat ayat ini mengesahkan Triniti. Kita bertanya kepada mereka dimana Holly Sprit dalam ayat di atas? Apabila seorang pengawal keselamatan berkata “Tidak seorang pun yang dapat datang kepada Guru Besar kecuali melalui aku.” Apakah ini beerti pengawal keselamatan itu guru besar?
11)- Yohanes 20:27-28 (Tuhanku dan Allahku)
““Kemudian Jesus berkata kepada Tomas, “Letakkan jarimu di sini dan lihatlah tanganku. Hulurkan tanganmu dan letakkanlah pada rusukku. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi percayalah!”. Tomas berkata kepada Jesus, “Ya Allahku, ya Tuhanku”.”
Ayat ini kelihatannya menunjukkan bahawa Tomas menyangka Jesus adalah Tuhan. Kata-kata tersebut adalah kata-kata Tomas, bukannya Jesus. Bagaimanapun kita boleh bertanya beberapa soalan untuk mengesahkan kebenarannya, 1)- Adakah Mariam iaitu Ibu nabi Isa a.s dan Hawariyun yang lain yang ada bersama Tomas pada ketika itu juga turut menyembah Jesus sebagai tuhan? 2)- Adakah Tomas pernah menyembah Jesus sebagai tuhan sebelum peristiwa ini? 3)- Adakah Tomas pernah menyembah Jesus sebagai tuhan selepas peristiwa ini? 4)- Adakah Adakah Mariam iaitu Ibu nabi Isa a.s dan Hawariyun yang lain juga pernah menyembah Jesus sebagai tuhan selepas peristiwa ini?
Pertamanya, ungkapan ‘Tomas menjawab’ agak mengelirukan kerana di dalam ayat sebelum ini, Tomas tidak diajukan soalan. Kata-kata Tomas lebih tepat dirujuk sebagai ‘ledakan’ atau ‘kata seruan’. Sesungguhnya, inilah sebabnya dalam kebanyakan terjemahan Bible (kecuali Versi King James), ayat ini diakhiri dengan tanda seruan seperti berikut: “Tomas berkata kepada Jesus, “Ya Tuhanku, Ya Allahku!”” Sarjana-sarjana Kristian seperti Theodore dari Mopsuestia (350-428), iaitu Biskop Mopsuestia, menafsirkan bahawa ayat ini tidak dit ujukan kepada Jesus, sebaliknya kepada Tuhan “Bapa”. Oleh itu, ia adalah serupa seperti kata seruan moden “Oh Tuhan!” atau “Ya Allah!”. Dengan kata lain, ledakan ini menunjukkan rasa terkejut atau tidak percaya, bukannya pengesahan bahawa Jesus adalah Tuhan “Bapa”. Dimana Holly Sprit dlm ayat diatas dan ianya tidak menunjukkan tentang triniti!!!!
12)- Yohanes 10:33 dan Yohanes 5:18 (menjadikan dirimu Allah)
“Orang Yahudi di situ menjawab, “Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Allah!”.” “Kata-katanya membuat para penguasa Yahudi semakin bertekad untuk membunuh dia. Bukan sahaja dia melanggar hukum hari Sabat, tetapi dia berkata bahawa Allah itu Bapanya. Hal ini bererti dia menyamakan dirinya dengan Allah.”
Apabila seseorang memetik ayat-ayat seperti di atas untuk membuktikan bahawa Jesus adalah Tuhan, ia biasanya diikuti oleh pengisytiharan bahawa Jesus (a.s.) “semestinya” telah mengaku dirinya Tuhan. Mereka berhujah bahawa jika tidak bagaimana mungkin musuh-musuhnya menuduhnya atas kesalahan kufur? Jika musuh-musuhnya menuduh beliau mengucapkannya, tuduhan tersebut pastilah benar.
Sesungguhnya, jika kita mahu menerima dakwaan mereka ini bahawa Jesus mengaku dirinya Tuhan semata-mata kerana mereka mendakwa beliau telah mengatakannya, maka kita perlu bersikap konsisten dan percaya semua yang mereka katakan tentang beliau. Contohnya, mereka mengatakan bahawa beliau adalah seorang pelahap dan kaki botol di dalam Matius 11:19. Mereka berkata bahawa beliau bersubahat dengan syaitan di dalam Markus 3:22. Di dalam Yohanes 8:48, mereka mendakwa beliau adalah seorang Samaria yang dirasuk iblis. Mereka tegas mengatakan bahawa beliau telah gila dalam Markus 3:21. Begitu juga, mereka
mengatakan bahawa Yohanes, Pembaptis mempunyai iblis (Matius 11:18) dan lain-lain. adakah semua dakwaan ini benar? Sebenarnya ianya tidak lebih untuk memfitnah Jesus dan untuk mendapat kerjasama pemerintah Roman bagi menjatuhkan hukuman bunuh kepadanya sebagaimana mereka menuduhnya hendak menjadi raja Israil (secara langsung mementang pemerintah Roman agar dijatuhkan hukuman bunuh).
13)- Suatu analisa logik
Pada permulaan analisa kita, kita telah lihat bahawa Jesus telah memerintahkan kita “kasihilah Tuhan kamu... dengan seluruh akal” Markus 12:30. Kita juga telah diajar bahawa “Allah adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekeliruan” 1 Korintus 14:33.
Maka, jika Tuhan tidak bersifat mengelirukan, maka tidaklah perlu untuk mengarahkan kita
untuk hanya “beriman” kepada Triniti” kerana ianya adalah suatu “misteri”. Bukankah itu adil? Bukankah itu apa yang Bible dan Jesus sendiri katakan? Maka mari kita gunakan akal kita dan bertanya. Marilah kita bertanyakan soalan-soalan supaya kita dapat mengakui bahawa kita benar-benar telah mencintai Tuhan “dengan seluruh akal”.
14)- Mengenai “Wap, air dan ais”
Jika saya mempunyai tiga gumpalan tanah liat dan saya bentukkan mereka menjadi satu bola, mereka telah menjadi SATU, tetapi kini adalah mustahil bagi saya mendapatkan tiga gumpalan asal. Jika saya mempunyai tiga biji bata dan saya susun ketiga-tiganya menegak, saya boleh pisahkan ketigatiganya, tetapi saya tidak boleh katakan bahawa tiga bata tadi adalah SATU bata.
Perbandingan yang biasa diberikan oleh gereja mengenai “Triniti” adalah tiga bentuk air, iaitu ais, cecair dan wap. Mereka mengatakan bahawa sebagaimana air mempunyai tiga “keadaan” atau “bentuk”, begitu juga Tuhan Yang Maha Berkuasa adalah satu, tetapi mempunyai tiga keadaan. Sepintas lalu, hujah ini kelihatan meyakinkan. Maka mari kita rujuk ayat-ayat di dalam Bible untuk menguji sama ada ia boleh bertahan dan disahkan oleh Bible. Dengan kata lain, kita mahu lihat sama ada Bible sendiri mengesahkan gambaran yang sedemikian mengenai Tuhan. Dengan cara ini, barulah kita akan menerima atau menolak perbandingan ini. Jika saya ada secawan air yang boleh menjadi wap, cecair atau ais, maka adalah mustahil untuk saya meminum “cecair” sedangkan “ais” dan “wap” ditinggalkan di dalam cawan. Adalah tidak mungkin untuk “cecair” menggesa “ais” untuk enyelamatkannya daripada diminum dan pada masa yang sama ais berada pada jarak yang selamat dan tidak diminum. Ini adalah logik yang mudah. Begitu juga, jika Tuhan, Jesus dan Roh Suci adalah tiga “personaliti” atau tiga “keadaan” bagi satu kewujudan, iaitu Tuhan Yang Maha perkuasa, maka adalah tidak mungkin untuk satu “personaliti” Tuhan MATI sementara YANG DUA LAGI TINGGAL DALAM KEADAAN SELAMAT DARIPADA KEMATIAN (Markus 15:37, Yohanes 19:33, Rom 5:6 dan lain-lain). Seperti mana yang telah dilihat di bahagian sebelum ini, ada yang cuba menyelesaikan dilema ini dengan mendakwa bahawa Jesus (a.s.) sebenarnya tidak mati, sebaliknya hanya menanggalkan kulit “dunianya”. Intipati beliau sebenarnya tidak mati dibunuh. Dalam kes ini kita perlu bertanya: di manakah pengorbanan terbesar tersebut? Jika seseorang mempunyai lima ribu kot, dan beliau menanggalkannya, mencampakkannya ke dalam api dan kemudian memakai kot lain lalu berkata: “Saya melakukan ini sebagai pengorbanan mutlak untukmu”, adakah ini benar-benar pengorbanan mutlak jika beliau boleh mencipta seribu lagi “kulit” untuk menggantikan apa yang ditanggalkan? Adakah menanggalkan kot beliau dan memakai kot lain tiga hari kemudian “menebus” semua dosa-dosa “manusia yang cenderung kepada kejahatan dan berdosa” sejak permulaan masa? “Inilah perintah yang paling utama..., Kasihilah Tuhan Allah... dengan seluruh akal” Markus 12:30.
15)- Siapakah yang para hawari panggil ‘Tuhan’?
“Sekarang tentang persoalan makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala: Kita tahu bahawa berhala menggambarkan sesuatu yang tidak wujud. Kita juga tahu bahawa Allah hanya satu, iaitu Bapa; tidak ada yang lain. Sekali pun banyak yang disebut dewa dan tuhan, baik di syurga mahu pun yang di bumi, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan hanya satu juga (Lihat bagaimana ayat ini diubah dengan menyebut jesus sebagai TUHAN sepatutnya TUAN seperti Lord atau Sir), iaitu Jesus Kristus. Melalui dia segala sesuatu diciptakan, dan kerana dialah kita hidup.” 1 Korintus 8:4-6 (Buku ASKJ? m/s 49)
BANDINGKAN AYAT 1 Korintus 8:6 DALAM BIBLE ENGLISH KJV DAN KAMUS PERKATAAN GREEK – perkataan “TUHAN” dan “TUAN” PERBEZAANNYA ADALAH AMAT KETARA….
1 Korintus 8:6 (1Co 8:6) But235 to us2254 there is but one1520 God,2316 the3588 Father,3962 of1537 whom3739 are all things,3956 and2532 we2249 in1519 him;846 and2532 one1520 Lord2962 Jesus2424 Christ,5547 by1223 whom3739 are all things,3956 and2532 we2249 by1223 him.846
2316 – theos__(theh'-os)
Of uncertain affinity; a deity, especially (with G3588) the supreme Divinity; figuratively a magistrate; by Hebraism very: - X exceeding, God, god [-ly, -ward]. theos__(theh'-os) - TUHAN YG DISEMBAH 100%.
2962 – __kurios__(koo'-ree-os)
From kuros (supremacy); supreme in authority, that is, (as noun) controller; by implication Mr. (as a respectful title): - God, Lord, master, Sir.
16)- Sarjana-sarjana Trinitari mengakuinya!
Di dalam “The New Catholic Encyclopedia ” (yang dianugerahkan Nihil Obstat dan Imprimatur yangmembawa pengiktirafan rasmi) kita mendapat gambaran bagaimana konsep Triniti hanya diperkenalkan ke dalam agama Kristian hampir 400 tahun setelah pemergian Jesus (a.s.):
“… Selepas pertengahan abad ke dua puluh, adalah sukar untuk memberikan pemerian yang jelas objektif dan langsung mengenai wahyu, evolusi doktrin dan huraian teologikal mengenai Misteri triniti. Perbincangan di antara golongan Trinitari, Roman Katolik, serta pihak-pihak lain memberikan gambaran yang samar. Dua perkara telah berlaku. Para pentafsir dan ahli-ahli teologi Biblikal, termasuk semakin ramai penganut-penganut Katolik, yang mengakui bahawa seseorang tidak boleh berbincang mengenai Trinitarinisma di dalam Perjanjian Baru tanpa pengetahuan yang mendalam. Ahli-ahli sejarah dogma dan ahli-ahli teologi stematik juga mengakui bahawa apabila seseorang memperkatakan mengenai Trinitarisma secara menyeluruh, beliau telah beranjak daripada zaman asal Kristian kepada lebih kurang suku terakhir abad ke empat. Hanya pada masa itu, apa yang dikatakan dogma Trinitarinisma yang muktamad iaitu “satu Tuhan di dalam tiga Orang” diasimilasikan sepenuhnya ke dalam kehidupan dan pemikiran Kristian…Ia adalah hasil daripada perkembangan doktrin selama tiga abad .” (Penekanan ditambah)
“The New Catholic Encyclopedia ”, Jilid XIV, m.s. 295
Mereka mengakuinya! Sepanjang hayat hawari-hawari Jesus, mereka tidak pernah mendengar mengenai “Triniti”. Adakah Jesus telah meninggalkan pengikut-pengikutnya yang terapat dan amat disayanginya dalam keadaan yang teramat keliru sehingga mereka tidak pernah menyedari sifat “sebenar” Tuhan? Adakah beliau telah meninggalkan mereka dalam kegelapan sehingga mereka, anak-anak mereka dan cucu-cucu mereka tidak mengetahui sifat “sebenar” Tuhan yang mereka sembah? Adakah kita mahu menuduh bahawa Jesus begitu tidak kompeten dalam menjalankan tugasnya sehinggakan beliau meninggalkan pengikut-pengikutnya dalam keadaan bercelaru sehingga mereka mengambil masa tiga abad setelah pemergiannya sebelum mereka akhirnya mendapat gambaran sebenar sifat Tuhan yang mereka sembah? Kenapakah Jesus tidak pernah, walau sekalipun, mengatakan: “Tuhan, Roh Suci dan aku adalah tiga Orang dalam satu Triniti. Sembahlah kami sebagai satu.”? Jika beliau membuat hanya satu pernyataan yang jelas begini, beliau dapat mengelakkan dunia Kristian daripada perselisihan, perpecahan dan permusuhan yang sengit selama berabad-abad lamanya !!!!.
Imprimi Potest (mohor pengiktirafan rasmi Gereja), kita dapati: “Triniti Tuhan ditakrifkan oleh Gereja sebagai kepercayaan bahawa Tuhan adalah tiga orang yang wujud dalam satu sifat. Kepercayaan ini hanya muncul pada abad keempat dan kelima selepas Masihi, dan oleh itu, bukanlah kepercayaan biblikal yang jelas dan formal.”
“The Dictionary of the Bible”, J.L. McKenzie, m.s. 899
KESIMPULAN : OLEH KERANA “TRINITI” TIDAK PERNAH DIAJAR OLEH NABI ISA a.s DAN PERKATAAN “TRINITI” TIDAK TERDAPAT DALAM AL-KITAB SEHINGGA PIHAK GEREJA TELAH MEMALSUKAN AYAT AL-KITAB SENDIRI UNTUK MENYOKONG AKIDAH MEREKA SEPERTI (1 Yohanes 5:7) MAKA KITA DAPATI PERRECAHAN YANG AMAT NYATA DALAM DUNIA KRISTIAN SEHINGGA KINI DAN SELAMANYA…
BERBANDING DENGAN HUJAH AL-QURAN YANG TIADA SEBARANG KERAGUAN APABILA DIKATAKAN ALLAH ITU ESA MAKA DALILNYA ADALAH JELAS seperti Firmannya “KATAKANLAH: “DIALAH ALLAH TUHAN YANG MAHA ESA”, TUHAN YANG BERGANTUNG SEGALA SESUATU PADANYA, TIDAK BERANAK, DAN TIDAK DIPERANAKKAN, DAN TIDAK ADA SESUATU PUN YANG MENYERUPAINYA (SAMAADA DI LANGIT ATAU PUN DI BUMI)” – SURAH AL-IKHLAS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Anda Orang Ke ~

website analytics